Sunday 25 March 2012

Tempahan lagi...


Alhamdulillah...
selesai buat tempahan 50 bekas bahulu coklat rice yang di oder oleh kak Ita dari klang,
untuk kenduri anak nye esk..
so malam nie moh le kite ke klang untuk antar tempahan..

TQ kak ita, harap puas hati..



Thursday 22 March 2012

Tempahan Bahulu

 Assalamualaikum...
1st time update entry tempahan dlm blog baru...
anyway TQ to Kak Fida dari Banting kerana sudi tempah.
Kak Fida akan pick up sendiri bahulu kat Tesco Nilai malam nie...

 

10 bekas bahulu Coklat Rice <<-- hot item



Saturday 17 March 2012

BISKUT TAT UNIK


Biskut Tart Unik adalah merupakan produk ‘homemade’ dan 100% buatan tangan dimana ia menggunakan bahan mentah yang halal dan pewarna yang dibenarkan. Ia amat sedap untuk dijadikan snek seperti biskut-biskut yang lain.

Di dalam biskut tart unik, ia diisi dengan inti nenas atau blueberry  yang sangat berkualiti dalam sukatan yang amat mencukupi untuk membuatkan ia betul-betul dirasai sebagai tart nenas atau blueberry dan bukan seperti kebanyakan tart atau biskut berinti yang hanya mempunyai inti yang sedikit yang tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

Biskut Tart Unik ini amat sesuai dijadikan sebagai:

  • hantaran perkahwinan
  • hantaran pertunangan
  • hamper untuk semua jenis perayaan
  • hadiah / cenderahati / door-gift untuk diberikan kepada para tetamu sebagai tanda terima kasih yang pastinya amat UNIK & memberi satu KELAINAN.

Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk sayuran dan buahan yang menarik seperti bentuk terung, carrot, labu, cili, jagung muda, mangga, manggis, oren, strawberi, epal dan jambu air. 
Anda juga mempunyai hak untuk menentukan samaada anda mahukan Tart Unik ini dicampur dengan pelbagai bentuk buahan & sayuran atau 1 jenis bentuk sahaja. Yang pasti, ianya terpulang kepada permintaan dan citarasa anda.



HARGA BISKUT TAT

Harga biskut tat adalah  seperti berikut:

Sebiji biskut tat = RM0.60

Sekiranya anda ingin me'request' untuk kami sediakan dalam pakej tertentu mengikut budget masing2, kami sedia memenuhi tempahan anda. Apa yang pasti, harga yang menarik semestinya ditawarkan kepada anda. :) 

Boleh diposkan diserata Malaysia dan caj pengeposan adalah ditanggung oleh anda. 

Contoh pakej yang pernah ditempah:





sesuai untuk hantaran perkahwinan
bekas yang berkualiti dan dilapisi dengan bubble foam..



BENTUK BISKUT TAT


Bentuk biskut tat boleh dipilih mengikut permintaan dan kalau nak campur-campur pun boleh je...

bentuk buah-buahan:













Bentuk sayuran:











Thursday 15 March 2012

PERISA BAHULU










perisa ini akan dibuat bila mendapat tempahan 8 bekas ke atas... tq



perisa ini akan dibuat bila mendapat tempahan 8 bekas ke atas... tq




perisa ini akan dibuat bila mendapat tempahan 8 bekas ke atas... tq






HARGA BAHULU


Assalamulaikum semua.. Untuk entry pertama harga bahulu bole rujuk disini...



Bahulu perasa asli:

bekas besar 60biji - RM14.00
bekas kecil 40biji - RM11.00

Bahulu perisa coklat rice / pandan:

bekas besar 60biji - RM14.50
bekas kecil 40biji - RM11.50

Bahulu perisa coklat / pandan coklat rice:

bekas besar 60biji - RM15.00
bekas kecil 40biji - RM12.00

Bahulu ikan (kecil) : RM0.30 sebiji

Bahulu ikan (sederhana): RM0.60 sebiji

Bahulu ikan (besar) : RM18.00 sepasang

bagi tempahan untuk sebarang majlis harga adalah tertakluk kepada kuantiti bahulu dan cara pembungkusan.

** Harga boleh dirunding jika tempahan melebihi 100 bekas.