Saturday 17 March 2012

BISKUT TAT UNIK


Biskut Tart Unik adalah merupakan produk ‘homemade’ dan 100% buatan tangan dimana ia menggunakan bahan mentah yang halal dan pewarna yang dibenarkan. Ia amat sedap untuk dijadikan snek seperti biskut-biskut yang lain.

Di dalam biskut tart unik, ia diisi dengan inti nenas atau blueberry  yang sangat berkualiti dalam sukatan yang amat mencukupi untuk membuatkan ia betul-betul dirasai sebagai tart nenas atau blueberry dan bukan seperti kebanyakan tart atau biskut berinti yang hanya mempunyai inti yang sedikit yang tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

Biskut Tart Unik ini amat sesuai dijadikan sebagai:

  • hantaran perkahwinan
  • hantaran pertunangan
  • hamper untuk semua jenis perayaan
  • hadiah / cenderahati / door-gift untuk diberikan kepada para tetamu sebagai tanda terima kasih yang pastinya amat UNIK & memberi satu KELAINAN.

Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk sayuran dan buahan yang menarik seperti bentuk terung, carrot, labu, cili, jagung muda, mangga, manggis, oren, strawberi, epal dan jambu air. 
Anda juga mempunyai hak untuk menentukan samaada anda mahukan Tart Unik ini dicampur dengan pelbagai bentuk buahan & sayuran atau 1 jenis bentuk sahaja. Yang pasti, ianya terpulang kepada permintaan dan citarasa anda.



No comments:

Post a Comment